Singapura : 19 Jun 2009
BOTAKKAN KEPALA DEMI KEBAJIKAN
SERAMAI 20 kakitangan DBS Bank termasuk Ketua Perbankan Penggunanya, Encik Rajan Raju, dan Ketua Pegawai Risiko DBS, Encik Elbert Pattijn, memberanikan diri dengan membotakkan kepala mereka demi kebajikan.
Mereka melakukan demikian bagi menunjukkan sokongan kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit barah dan mengumpulkan dana bagi Yayasan Barah Kanak-Kanak (CCF).
Jumlah 20 itu tidak termasuk suami seorang kakitangan DBS yang merupakan bekas pesakit yang pernah mempunyai ketumbuhan otak, dan seorang kakitangan AXS, anak syarikat DBS.
Mereka membotakkan kepala di kafetaria ibu pejabat DBS di Shenton Way semalam. Ini merupakan acara satelit 'Hair for Hope' pertama dianjurkan sebuah korporat tahun ini.
Kesemua yang mengambil bahagian merupakan kakitangan lelaki sehinggalah pada saat-saat akhir, seorang kakitangan wanita DBS menyatakan beliau akan membotakkan kepalanya jika dana $20,000 dapat dikumpulkan atas pengorbanannya itu. Jumlah itu berjaya dikumpulkan!
Setakat ini, dana lebih $90,000 telah dikumpulkan hasil usaha berani kakitangan DBS itu.
Kosa Kata (9 markah)
Arahan: Cari makna dan bina ayat bagi perkataan-perkataan di bawah ini.
a) dana
b) acara
c) saat-saat akhir
Sertakan jawapan anda di ruangan 'comments'.
Monday, June 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
test
ReplyDelete