Singapura : 19 Jun 2009
MAYAT BAYI DITEMUI DI TANGGA FLAT
SATU bungkusan plastik berwarna putih yang tersadai di kawasan tangga di Blok 334 Bukit Batok Street 32 disangka sampah biasa. Rupa-rupanya, bungkusan yang ditemui Encik Shahjahan Abdur Rahman pada 4.20 petang kelmarin itu berisi mayat bayi.
Mungkin kerana tergamam, Encik Shahjahan, 28 tahun, hanya melaporkan kepada penyelianya, Encik Nasir Hossain, kira-kira sejam kemudian. Bayi itu disahkan meninggal dunia pada 6.15 petang.
Latihan Kosa Kata (9 markah)
Arahan: Cari makna perkataan-perkataan di bawah dan berikan maknanya. Kemudian bina sebuah ayat ringkas dengan menggunakan perkataan tersebut.
a) bungkusan
b) tersadai
c) penyelianya
Cara menjawab juga serupa dengan latihan sebelumnya, iaitu anda menjawab di bahagian 'comments' dengan meletakkan nama, tarikh dan kelas.
Sekian terima kasih.
Monday, June 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment